Banner 468 x 60px

 

Tuesday, August 11, 2015

Orang Kelantan Melayu Sebenar? Kajian Pensyarah Sains Forensik USM

0 comments
Eksklusif: Melayu Kelantan 60,000 tahun Kajian USM dapati sub-etnik penduduk paling asal di Semenanjung



KOTA BHARU: Sekumpulan penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) yang melakukan kajian berhubung asal usul bangsa Melayu melalui kaedah genetik menunjukkan Melayu Kelantan kemungkinan besar orang Melayu paling asal menetap di Semenanjung sejak lebih 60,000 tahun.

Kumpulan penyelidik diketuai Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Pengajian Siswazah), Pusat Pengajian Sains Kesihatan USM, Prof Madya Dr Zafarina Zainuddin yang mendapat geran RM1.4 juta daripada Kementerian Pengajian Tinggi, melakukan kajian terhadap 10 sub-etnik Melayu di Semenanjung Malaysia bagi mengetahui asal usul Melayu.

Sub-etnik berkenaan adalah Melayu Jawa di Johor dan Selangor, Melayu Aceh (Perak), Melayu Minang (Negeri Sembilan), Melayu Banjar (Selangor dan Johor), Melayu Bugis (Selangor dan Johor), Melayu Rawa (Perak), Melayu Champa (Perak, Kedah dan Kelantan), Patani (Kelantan), Melayu Kelantan dan Kedah Langkasuka. www.bharian.com.my



 PULAU PINANG 13 Julai – Benarkan Melayu Kelantan merupakan orang Melayu yang paling asal di negara ini berbanding dengan orang Melayu di tempat lain?

Hipotesis mengenainya mungkin berasas berdasarkan kajian pensyarah Sains Forensik di Pusat Pengajian Sains Perubatan, Univerisiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian di Kelantan, Dr. Zafarina Zainuddin.

Menurutnya, hipotesis itu juga berdasarkan kajian awal terhadap genetik Mithochondial-Ssid Deoksiribonukleik (Mithochondial-DNA) di kalangan beberapa penduduk di pedalaman Kelantan yang tidak pernah keluar dari kawasan mereka.

Bagaimanapun, katanya, hipotesis itu memerlukan kajian lebih mendalam mengenai Siapa Melayu Sebenarnya yang akan dijalankan menerusi Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan dijangka siap tiga tahun lagi.

Ketika ini, katanya, terdapat 12 etnik Melayu di negara ini termasuk mereka yang berasal dari Indonesia termasuk Jawa, Bugis, Minang, Champa dari Kemboja dan Yunan dari China.

“Bagaimanapun kajian ini bukannya untuk mengubah sejarah bahawa orang Melayu berasal dari tempat lain tetapi adalah untuk mencari fakta terbaru berdasarkan penyelidikan kita sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis penyerahan tesis hasil penyelidikannya mengenai kajian genetik dan forensik pergigian oleh seorang lagi pensyarah Sains Forensik pusat pengajian yang sama, Dr. Mohd. Fadhil Khamis kepada Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) di sini hari ini.

Tesis itu diserahkan Naib Canselor USM, Prof. Datuk Dzulkifli Abdul Razak kepada Ketua Pengarah JHEOA, Datuk Fadzil Mahamud.

Pada masa yang sama, kata Dr. Zafarina, kajian itu juga bukan mahu menidakkan status Melayu di kalangan etnik-etnik Melayu yang lain tetapi lebih kepada untuk mengetahui etnik Melayu yang mana paling awal wujud.

Dalam pada itu, penyelidikan terulung beliau dan pertama di negara ini yang memberi tumpuan kepada perbandingan genetik Mithochondial-DNA mengesahkan perbezaan antara populasi Melayu Moden dengan Melayu Proto.

Pengesahan itu yang berdasarkan tempoh masa kewujudan dan kandungan Mithochondrial-DNAsekali gus mengenepikan anggapan bahawa generasi paling awal orang Melayu yang ada pada masa kini Melayu Proto.

Pada masa yang sama, hasil penyelidikan Dr. Zafarina itu membuktikan Melayu moden berasal daripada populasi ‘Mongoloid’ dari selatan China atau ‘Austranasian’ yang berhijrah ke kawasan lain di Asia antara 6,000 hingga 8,000 tahun dahulu.

“Ia berbeza dengan populasi Melayu Proto yang wujud lebih awal iaitu kira-kira 200,000 tahun dahulu dan berasal dari Afrika,” ujarnya.

Beliau yakin hasil kajian itu dapat digunakan dengan lebih meluas dan pihaknya berhasrat menghasilkan satu pengkalan data khusus sebagai rujukan bagi membangunkan masyarakat Orang Asli yang berjumlah kira-kira 150,000 orang di Semenanjung ketika ini.

Sementara itu, Dzulkifli berkata, kajian seumpama itu perlu ditingkatkan bagi mencari sebanyak mungkin maklumat agar menjadi hak milik negara.

www.utusan.com.my
Read more...

Wednesday, April 29, 2015

LPT2 Kenakan Tol Bermula Ogos Depan

0 comments

KEMAMAN - Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) yang telah siap sepenuhnya dan dibuka secara percuma kepada lalu lintas sejak 31 Disember lepas, dijangka akan mula mengenakan tol pada Ogos hadapan.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri Ir Rosli Othman berkata, pada awalnya LPT2 sepanjang 184 km dengan harga RM3.7 bilion itu dijadualkan mula mengenakan tol pada Jun ini namun terpaksa ditunda atas beberapa faktor.
  
"Saya difahamkan ia akan mula mengenakan tol selepas hari raya puasa ini dan sehingga kini kita masih tidak tahu kadar bayaran tol itu.
  
"LPT2 itu akan dikendalikan oleh Plus dan dijangka mereka akan mengenakan kadar tol berasaskan kepada LPT1," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan elaun sara hidup nelayan kawasan Terengganu Selatan di sini hari ini.
  
Ir Rosli berkata, ketika ini kerja-kerja membaiki lebuh raya itu sedang berjalan yang dikendalikan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).
  
Ini kerana terdapat sesetengah kawasan di lebuh raya itu jalannya beralun seperti laluan Jabor hingga ke Kijal dan Ajil.
  
Plus akan mengambil alih lebuh raya itu dengan lapan plaza tol.
  
Mengenai kemalangan yang sering berlaku di sepanjang lebuh raya itu, Ir Rosli berkata beberapa faktor telah dikenalpasti antaranya kecuaian manusia itu sendiri.
  
"Lebuh raya itu jalannya lurus dan ada pemandu yang mengantuk lalu terbabas.

Kita juga tidak nafikan faktor binatang ternakan yang memasuki kawasan lebuh raya turut menyumbang kepada kemalangan," katanya.
  
Ir Rosli berharap tuan punya binatang mengawasi ternakan mereka supaya tidak memasuki kawasan lebuh raya kerana ia menyumbang kepada kemalangan.  -Bernama
  
Read more...

Wednesday, March 18, 2015

Dun Kelantan: BN Sokong Laksana Hudud

0 comments
KOTA BHARU - "Saya sokong pelaksanaan hudud kerana ALLAH, bukan kerana Umno," kata Ketua Pembangkang Dun Kelantan, Datuk Md Alwi Che Ahmad ketika membahaskan rang undang-undang hudud di Dun Kelantan hari ini.
 
 
 
Beliau yang mewakili semua Adun BN menyatakan sokongan penuh terhadap pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah II Kelantan (1993) 2015 yang dibentangkan hari ini.
 
 http://www.sinarharian.com.my/nasional/dun-kelantan-bn-sokong-laksana-hudud-1.370072
Read more...

Saturday, February 9, 2013

Selamat Tahun Baru Cina 2013

0 comments

Sejarah Tahun Baru CinaSejarah Tahun Baru Cina bermula beribu-ribu tahun dahulu, di mana seekor makhluk ganas yang bernama ‘Nian’ membuat huru-hara di Tanah Besar China. Ini membuatkan manusia hidup dalam ketakutan dan kesengsaraan. Mereka mencari ikhtiar untuk menewaskan makhluk ini. Akhirnya mereka berjaya menakutkan makhluk ini dengan melemparkan reben merah ke udara, meletupkan mercun dan membakar bunga api siang dan malam.Perayaan Tahun baru Cina adalah menandakan permulaan tahun baru bagi kalender masyarakat Cina. Bersama-sama dengan warna merah, tanglung, mercun dan pakaian ‘cheongsam’ , ia menjadi simbol tradisi kemeriahan masyarakat cina.Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.Perayaan yang bersamaan dengan  permulaan kepada musim bunga di China adalah permulaan kepada bulan baru dan zodiak baru. Seperti yang kita ketahui, terdapat 12 ekor binatang yang menjadi simbol tahunan kepada orang Buddha. Lagenda meriwayatkan, bahawa suatu masa dahulu Buddha telah menjemput semua binatang untuk mengadapnya, tetapi Cuma 12 binatang sahaja yang sampai. Sebagai penghargaan dari Buddha, kesemua binatang ini diberi penghormatan menjadi zodiak yang mulia bagi masyarakat Cina Buddha. Binatang-binatang itu ialah anjing, khinzir, tikus, monyet, harimau, kambing, ayam, kuda, ular, naga, lembu dan arnab. Kononnya dikatakan bahawa mereka yang lahir dalam tahun-tahun ini akan mewarisi sifat dan untung nasib binatang tersebut.Malam Tahun Baru Cina  Pada malam Tahun Baru , kaum keluarga sama ada dekat atau jauh akan berkumpul di rumah ibu bapa untuk upacara makan besar. Ini simbol eratnya ikatan kekeluargaan yang menjadi tunjang masyarakat harmoni. Hidangan makan malam tahun baru ini biasanya adalah tradisi  turun temurun seperti itik panggang, khinzir, tiram berkicap, dan sayuran ‘prosperity’ yang dimakan bersama arak.        

Selesai makan, semua ahli keluarga akan berdoa dan menjalankan upacara ‘shuo sui’ , yang dipercayai akan memanjangkan umur seseorang. Bagi yang tua,  malam tahun baru akan dihabiskan dengan bermain ‘mah jong’ sebagai hiburan untuk merapatkan hubungan antara ahli keluarga. Tepat detik tengah malam, mercun dan bunga api akan dibakar, menandakan sambutan tahun baru bermula.Tarian Singa memeriahkan lagi sambutan Tahun Baru Cina Apabila hari siang, lilin upacara akan dibakar, pakaian baru yang berwarna merah akan memeriahkan suasana, di samping ucapan ‘Kong Hee Fatt Choy’ akan diucapkan sesama penganut. Ia membawa maksud ‘ semoga tahun ini akan membawa kebaikan’. Tetamu mula berkunjung membawa limau mandarin, yang bermaksud kekayaan manakala tradisi memberi ‘ang pow’ diteruskan kepada kanak-kanak dan orang yang belum berkahwin.Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging salai, sosej, kuih pulut, dan limau mandarin. Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin. Perarakan tarian naga atau singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang. Chap Goh Mei

Hari kelima belas bagi perayaan ini iaitu hari ‘ Chap Goh Mei ‘ tidak kurang pentingnya. Ia adalah hari terakhir bagi bulan penuh, menandakan penutup bagi perayaan ini.

Perayaan tersebut jatuh pada malam 15 hari bulan, bulan pertama Imlek China. Hari itu juga disebut "Pesta Lampu", kerana lampu-lampu dinyalakan pada sebelah malam sebagai aktiviti utama pada hari perayaan itu.Menikmati onde-onde dan memasang lampu-lampu merupakan dua perkara utama perayaan ini. Mengapa memasang lampu-lampu pada Hari Capgome? Pada tahun 180 Sebelum Masihi, China diperintah oleh Dinasti Han. Maharaja pada ketika itu, maharaja Liu Heng berjaya mematahkan gerakan penderhakaan. Hari itu kebetulan 15 hari bulan bulan pertama Imlek Cina. Untuk merayakan kejayaan tersebut, Liu Heng memerintahkan lampu-lampu dipasang di seluruh negara. Beraneka bentuk lampu dipasang di tepi-tepi jalan pada hari itu. Adat istiadat tersebut diamalkan sehingga kini.Lampu-lampu tersebut biasanya diperbuat dengan kertas yang berwarna-warni, berbentuk seperti gunung, bangunan, orang, bunya, burung dan binatang. Sekarang teknologi moden yang canggih ianya diperbut dari gentian optik, laser, kawalan bunyi dan cahaya juga telah digunakan dalam pembuatan lampu-lampu warna-warni.Tahun Baru Cina bukan sahaja diraikan oleh kaum Cina di merata dunia, malah turut dirayakan oleh bangsa Korea, Vietnam, Mongol dan Miao (Hmong China) yang dipengaruhi oleh China dari segi kebudayaan dan keagamaan. 

Read more...

Saturday, September 15, 2012

Selamat Hari Malaysia ke-49

0 comments

Selamat Hari Malaysia yang ke 49 kepada semua warganegara Malaysia. Hargailah keamanan yang kita kecapi pada hari ini dan bersyukurlah dengan nikmat kurniaan Allah s.w.t. Tanamkanlah semangat patriotik dalam diri supaya keamanan ini dapat terus dikecapi oleh generasi akan datang. Insya-Allah.
Read more...

Misteri Pengarah Filem Nakoula Basseley Nakoula Hina Nabi

0 comments

ORANG ramai melarikan diri apabila polis melepaskan tembakan ke udara bagi menyuraikan protes terhadap filem anti-Islam di luar Kedutaan AS di Sanaa, Yemen semalam.

LOS ANGELES – Seorang lelaki dari negeri California mengaku dia memainkan peranan di sebalik pembikinan filem yang menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW sekali gus mencetuskan bantahan hebat umat Islam terutamanya di Mesir dan Libya kelmarin.

Lelaki berkenaan, Nakoula Basseley Nakoula yang mengamalkan ajaran Kristian Koptik dan pernah didapati bersalah kerana melakukan jenayah kewangan memberitahu agensi berita Associated Press (AP) bahawa dia memainkan peranan mengurus dan membekalkan logistik untuk produksi tersebut.
Read more...

Kelantan balas dendam, benam Terengganu 6-1

0 comments
MISI  Kelantan untuk membalas dendam  kekalahan kepada Terengganu pada perlawanan pertama sebelum ini kesampaian apabila berjaya menundukkan skuad Penyu 6-1 di Stadium Sultan Muhammad IV, malam ini.

Dengan kemenangan Kelantan, ia meletakkan anak buah Bojan Hodak  di kedudukan teratas Kumpulan B, sekali gus melayakkan diri ke suku akhir mengiringi Angkatan Tentera Malaysia dalam Piala Malaysia 2012.

Pada mulanya, kedua-dua pasukan dilihat mempersembahkan corak permainan berhati-hati dan bola banyak berlegar di kawasan tengah padang.

Namun, Kelantan yang bermain di halaman sendiri mula menemui rentak dan mula  mengasak ke gawang lawan.

Akhirnya, pemain pinjaman dari Kuala Lumpur, Afiq Azmi berjaya menceriakan penyokong tuan rumah dengan  membuka jaringan awal  pada minit ke-13.
Read more...

Saturday, September 8, 2012

Nurul Syuhada nafi berhenti TV3 kerana isu Bintulu 'daif'

0 comments
Malaysiakini - Pengacara jelita TV3 Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin meletakkan jawatan sebagai kakitangan sepenuh masa syarikat penyiaran swasta itu.

Beliau bagaimanapun menjelaskan tindakan itu tiada kena mengena berhubung kenyataannya dalam isu Bintulu 'daif' yang dibantah hebat parti pemerintah dan pembangkang negeri, lapor Gua.com.my.

NONELaman hiburan itu juga melaporkan pengacara Nona itu sebagai berkata, surat peletakan jawatannya dimajukan sebelum insiden tersebut berlaku.

"Semua perkara berlaku sekarang dan tidak ada kena-mengena dengan insiden Bintulu. Tolong jangan kaitkan ia dengan isu panas ini kerana bagi saya ia hanya kebetulan saja. Lagi pun, saya bukan nak insiden ini berlaku pun.

"Keputusan peletakan jawatan ini dibuat pada bulan lepas iaitu sehari selepas saya mengambil keputusan untuk berhijab.

"Saya menghantar notis peletakan jawatan pada bulan lepas iaitu sebelum kes Bintulu itu berlaku," beliau dipetik sebagai berkata kepada portal itu ketika ditemui di majlis rumah terbuka Media Prima Berhad petang semalam.
Read more...

Thursday, August 16, 2012

Jom Balik Raya Kampung

0 comments
Salam Ramadhan yang bakal meninggalkan kita tidak lama lagi.Mulai esok ramai yang akan memulakan perjalanan balik kampung bagi menyambut Aidilfitri.Tahun ini admin tidak lagi perlu melalui perjalanan berjam-jam untuk balik kampung kerana admin sudah selamat kembali menetap di Kelantan setelah hampir 13 tahun merantau di negeri orang.Felling nak beraya kurang sikit :).

Dikesempatan ini admin ingin mengucapkan Selamat Hari Raya
Read more...